TradingView
zackdinz
2018年12月18日午前2時21分

Kajian FCPO 18/12/2018 

Crude Palm Oil Futures (Mar 2019)MYX

詳細

Kajian FCPO 18/12/2018

Seperti biasa kita bermula dengan carta yang lebih besar untuk melihat keadaan market secara lebih luas. Dari pemerhatian saya melalui carta 4 jam, berbanding dengan kajian pada 17/12/2018, saya dapati harga masih pada paras tertinggi. Ini menunjukkan kekuatan untuk naik adalah besar. Sekiranya dilihat secara terperinci, market telah bergerak dan membentuk "Ascending Triangle" di mana kuasa atau momentum yang disimpan di market adalah semakin besar. Saya lukiskan pada carta 4 jam bagi memudahkan para pembaca untuk melihat keadaan market seperti apa yang say sebutkan tadi. untuk teori teknikal, keadaan petak segi tiga dengan muncung ke atas (ascending triangle) akan memungkinkan harga untuk terus ke atas. Sekiranya dibandingkan dengan inidikator smoke, sekiranya harga berada pada paras tertinggi, ia akan berpatah balik dan menjunam. kedua-dua teori ini adalah bertentangan. Oleh itu apa yang saya dapat jangkakan ialah market perlu memecahkan paras rintangan pada 2150 untuk berada pada keadaan menaik dan sekiranya market memecahkan ke bawah paras sokongan yang membentu segitiga, ia akan jatuh dan mencari paras sokongan pada 2069.



Melihat keadaan carta 1 jam dan carta 15 minit, apa yang saya dapat lihat adalah kedaan jarak market antara paras tinggi dan rendah adalah sangat kecil dan ini adalah sangat susah untuk menentukan pergerakan market secara terperinci. Untuk itu saya tiada ulasan sehingga market menentukan hala tuju.





Carta 5 minit adalah carta kegemaran saya, dari carta ini secara mudah kita dapat menentukan paras lompatan atau halatuju awal harga. Kemungkinan, harga akan buka atau tuju awal pada sekitar 2116 dan 2110 sebagai titik rujukan sebelum menentukan halatuju.



Lihat pada pos saya yang terdahulu berkenaan dengan analisa fundamental.



Perkongsian ini adalah sekadar untuk pembelajaran semata-mata. Sebarang keruntungan atau kerugian adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sekiranya anda menyukai perkongsian ini sila tekan butang suka dan komen untuk memberi manfaat kepada semua.

Sekian.

コメント

harini market memang mantap. makan atas bawah.

コメント

sampai juga akhirnya di 2142

コメント
zackdinz
Cukup untuk hari ini.
zackdinz
harga perlu memecahkan 2124 untuk meneruskan perjalanan

詳細