QES - Masih dalam fasa 'distribution'

Sektor:
- Industrial & Product, Semiconductor, ATE and Automotive handling equipment

Idea analisis:

Sudut Teknikal
- QES dilihat melakukan breakout pada trendline menurun.
- Pada carta mingguan, QES dilihat masih di dalam fasa distribution ataupun fasa pengedaran. Pada fasa ini, paras harga tidak menentu serta dalam keadaan sideway.
- QES menarik sekiranya berjaya breakout dan kekal atas paras harga 0.81 untuk meneruskan perjalanan.
- Indikator RSI menunjukan QES berada di kawasan RSI 50 menandakan momentum mulai kuat untuk menyambung kenaikan.

Sudut Fundamental
- Berdasarkan QR1 2021, QES berjaya membuat keuntungan bersih yang tinggi iaitu sebanyak 6.94 juta berbanding 1.97 juta pada QR4 2020.
- Revenue QES juga meningkat berdasarkan QR1 2021 yakni sebanyak 52.61 juta berbanding 40 .60 juta pada QR4 2020.
- Secara rumusannya, QES dilihat sebagai growth stock dan berpotensi untuk bersaing dengan syarikat besar seperti Vitrox , Greatec , Frontkn dan sebagainya berdasarkan latar belakang serta prospek syarikat.

Untuk mempelajari ilmu fasa/peringkat market boleh rujuk pautan dibawah :

スナップショット

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Support and ResistanceTrend Lines

免責事項