10-APR-2019: PEMBELAJARAN 6 - CARA MELUKIS CHANNEL

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

Dengan lafaz suci bismillah saya mulakan perkongsian saya pada pagi ini,
Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya ingin berkongsi cara asas bagamana untuk menentukan CHANNEL. Harus di ingat disini ini cara penentuan ini adalah berlainan diantara setiap individu, TIDAK ADA ISTILAH SALAH KO BUAT TU, selagi kita dapat melukis dan menentukan arah pasaran itu sudah memadai.

Sila bagi perhatian serious bagaimana channel dilukis kerana ini akan memudahkan anda untuk mengaitkan lukisan anda kepada CHART PATTERN yang popular - WEDGES

Kebiasaannya org hanya berkata, ala lukis la channel line, tetapi bagaimana cara nak lukis? Tarik ja ka?

Ok saya berkongsi cara yang saya gunakan untuk melukis tetapi sebelum itu kita jawab persoalan dibawah.

APAKAH KEPENTINGAN CHANNEL?

Ianya hampir sama dengan trendline tetapi ditambah dengan garisan dibawah atau diatas dan berfungsi untuk
1. Menetukan halatuju pasaran
2. Menentukan garis sokongan ringkas (support) untuk pergerakan carta sedia ada .
3. Menentukan JULAT @ RANGE sesuatu harga bergerak di dalam bentuk gelombang (wave)

APAKAH SELA MASA ((TIME FRAME) YANG SESUAI UNTUK MENANDAKAN TRENDLINE?

Seperti perkongsian sebelun ini saya sendiri menyukai SELA MASA 4H, Daily dan keatas untuk menentukan arah.

BAGAIMANA HARUS KITA MULAKAN?

Harus di ingat,
> Sekiranya TREND sedang MENAIK, lukis GARISAN BAWAH dahulu.
> Sekiranya TREND sedang MENURUN, lukis GARISAN ATAS dahulu.

Ini yang selalunya jadi masalah sbb guru-guru kat luar tak abis belajar dan suka nk suruh buat ikut sedap mata.
SEKARANG ANDA NAMPAK KENAPA PERLU NYA PANDAI BUAT --> TRENDLINE
Betul?

Berikut saya nyatakan langkah demi langkah yang prosider biasa(SOP) yang saya gunakan.


Untuk contoh ini saya akan menggunakan carta DAILY

a. Tukar chart anda daripada candle kepada garisan dan tandakan TRENDLINE.

スナップショット

b. Pilih fungsi garis selari daripada platform anda dan lukis mengikut trendline yang ditulis diatas, dan ia akan membentuk channel seperti dibawah.

スナップショット

c. Tukarkan kembali carta anda kepada candle dan anda boleh lihat sendiri harga semasa berada di mana.

スナップショット

Jadi dengan memerhatikan channel, MA, MACD dan RSI anda sudah mula boleh untuk melakukan analisis terhadap pergerakan harga ini.
Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu anda menentukan halatuju pasaran dan memudahkan anda untuk membuat keputusan

Semoga bermanafaat


BONUS
Nampak ka apa yang saya nampak? Sesetengah "sifu" suka share tapi tidak tahu pun cara nak terangkan macam mana pembentukannya… sbb mengabaikan ASAS

スナップショット

Trend Analysis

免責事項