FBMKLCI: apakah ramalan akan jadi realiti?


berdebar debar hari ini bila pasaran mula dibuka, jelas, sangat jelas, terang lagi nak bersuluh ke? indeks FBMKLCI jatuh dengan gap down, tapi bernasib baik, saya kira gapnya tidak lah begitu banyak, berkemungkinan masih ada peluang untuk menutup, mungkin, tapi andai kata gap ini gagal di tutup, maka kemungkinan kenungkinan kejatuhan itu mungkin akan jadi kepastian. seperti yang telah saya highlightkan, lihat pada 4 saham utma yang mewakili indeks FBMKLCI, ia amat kritikal. kera indeks FBMKLCI bergantung kepada prestasi 4 saham ini, andai kata 4 faham ini mengelungsur jatuh dengan velocity yang tingi, maka harapan untuk pulih kembali akan menjadi sukar. pada ketika ini paras psikologi 1650 harus di pertahankan, pertahanan yang kuat harus hadir di paras tersebut. jika di bolosi, mungkin akan menguji semula paras terendah tang lepas di 1626, dan jika di bolosi paras ini, maka paras 1600 akan menjadi medan perang antara penjual dan pembeli. melihat pada carta semasa, kemungkinan kemungkinan untuk ia jatuh dan membolosi paras 1600 itu seakan akan pasti... apa pun pembacaan teknikal ini terkadang kadang tersasar juga. oleh itu harus juga monitor paras paras semasa sebelum membuat keputusan samaada untuk membeli atau menjual. peluang masih banyak dan terbuka untuk membuat duit, pemilihan saham amat penting. dan pada ketika ini, satu atau dua petunjuk analisa teknikal mungkin tidak akan mencukupi untuk anda membuat keputusan, ketika ini lah anda harus memberikan tunpuan kepada trend atau arah pergerakan harga serta kekuatan arah hala harga tersebut, jika pergerakan arah trend tidak di sertai dengan kekutan, sedikit halangan akan menyebabkan harga berkemungkinan berpatah balik, hati hati, jika pergerakan arah hala harga itu positif dengan kekuatan yang menggalakkan, jangan lupa untuk melihat pada kitaran harga, tumpuan juga harus di berikan pada kitaran harga, kerana, andai membuat keputusan pada kitaran yang salah, agak merugikan, kerana analsia teknikal boleh melihat kesemua petunjuk petunjuk ini. walaupun ia bukan lah satu kepastian, pasti sahaja ia boleh di jadikan sebagai satu panduan. walaupun kadangkala tersasar, saya pasti jika ada disiplin yang tinggi, keuntungan itu boleh di kecapi, kerana kesalahan dalam pembacaan analisa teknikal itu rendah berbanding dengan bacaan nya yang tepat, yang pastinya jika bacannya itu salah, pastinya anda akan ambil tindakan untuk cut loss, dan saya pasti jika anda seorang pemain analisa teknikal strategi swinger, anda akan terus menunggang kenaikan harga sehingga lah harga berhemti dan memberi petunjuk berpatah arah. semoga tuan tuan senantiasa di berkati dan semoga di anugerahkan rezeki yang luas. terima kasih.
Trend Analysis

免責事項