kym-pullback itu perlu untuk sesuatu konter yang sihat

NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS


1.harga turun pada saat harga tingginya beserta volume besar , menandakan
berlakunya distribution

2.pada saat ini (posting) juga kelihatan volume makin mengecil/mengurang ,
adakah bull & bear sedang dalam keadaan menunggu ?

3.perlu ada pullback untuk sesuatu konter yang healthy .

4.boleh juga di perhatikan jika berlaku RCP untuk mula membuat keputusan .

5.pun begitu harga masih kuat di atas EMA100&200 ,walaupun harga sedang
menurun.

*boleh kaji sambil mencari peluang jika kena dengan kajian masing2
*trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
*bolehlah dikaji bersama

begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku .
Trend Analysis

他のメディア:

免責事項