rieduan

XAUUSD - Fasa Pengumpulan Di Zon Kotak Merah Jambu.

FOREXCOM:XAUUSD   金/米ドル

Kotak warna merah jambu menunjukkan harga XAUUSD masih berada di kedudukan mendatar. Ya, ada candlestick marobozu yang telah melemahkan tahap Fibonacci 38.20 tetapi masih gagal untuk memecah bayangan yang lebih rendah, melihat ke kiri dan anda akan melihat ada satu candlestick yang mempunyai bayang yang lebih tinggi dan candlestick tersebut melangkaui kesemua candlestick selepasnya.

Candlestick marubazo memecah paras 38.20 tetapi harga menjejaki kembali ke tahap 38.20. Ia menunjukkan bahawa pembeli dan penjual masih menunggu pemangkin untuk XAUUSD untuk bergerak sama ada naik atau turun. Adakah harga XAUUSD dalam fasa pengumpulan minggu ini?Sama-sama kita saksikan.

Data asas dari Forexfactory.com untuk 24 Januari dan 25 Januari 2018 tidak menunjukkan sebarang berita mengenai mata wang USD. Buat masa ini lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran XAUUSD dan tunggu sehingga harga berpecah dengan candlestick padu di kotak merah jambu.

免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。