Secara umumnya, dengan melihat kedudukan harga semasa dengan garis MA 200, kita boleh sesuaikan teknik berdagang kita samada untuk berdagang secara breakout, pullback, jangka pendek atau jangka panjang..
Harga di atas MA 200 - carta dikategorikan sebagai bullish.
Harga di bawah MA 200 - carta dikategorikan sebagai bearish.
Struktur asas carta seperti HIGH, LOW, HIGHER HIGH, HIGHER LOW, LOWER HIGH dan LOWER LOW juga perlu diberikan perhatian bagi menentukan samada carta itu dalam trend menaik, menurun atau melintang.