ETSY dilihat melakukan pembetulan beberapa hari dagangan yang lalu setelah paras RSI mingguan mencapai paras 'overbought'
Harga terkini dilihat sedang menguji kekuatan EMA200 harian dengan membentuk lilin hijau Analisa volum mendapati penyertaan jualan adalah rendah tatkala harga mencecah paras sokongan Histogram MACD seakan membentuk 'hidden bullish divergence' menunjukkan penyertaan jualan semakin berkurang Namun, petunjuk RSI harian dilihat belum menunjukkan kehadiran momentum belian MACD pada selang masa mingguan juga dilihat baru melakukan persilangan penurunan Justeru, harga berkemungkinan melakukan kenaikan semula untuk cuba melepasi rintangan EMA50 harian Sekiranya gagal harga dijangka akan meneruskan penurunan seterusnya mencari EMA50 mingguan sebagai sokongan dinamik terdekat
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama didahului dengan terima kasih