MGRC - Downtrend yang lama.

Pemerhatian:
a) Pada carta minggu, harga berada dalam Downtrend sejak dari IPO pada 4/10/2010 dengan pergerakkan harga yang 'kurang cantik' dan volume yang sangat rendah.
b) Pada carta harian, harga cuba menembusi R1 pada 12/5 dan 1/6 dengan volume yang tinggi tetapi gagal. Perhatikan bagaimana harga tertinggi pada 12/5 menyentuh garisan Trendline.
c) Harga bergerak secara Sideway dan kini tutup antara 20/40MA dengan landasan mengecil.


Rumusan:
- Berdasarkan pemerhatian, tidak ada banyak aktiviti dagangan (volume) di dalam carta selain dari tempoh 12/5-1/6.
- Carta seperti ini sebaiknya dielakkan kerana ia tidak memberikan pulangan yang baik.
- Untuk mendapatkan trade setup yang bagus, pergerakkan harga yang sihat dengan volume yang baik adalah perlu.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
Chart Patternsjun20priceactiontradevsaTrend AnalysisvolumespreadanalysisVSAwyckoff

関連の投稿

免責事項