AUDUSD - Ambil Perhatian Pada Corak Reversal

AUDUSD telah bergerak dengan baik sejak November yang lalu.

Pada waktu itu kami telah berbincang mengenai penembusan di dalam pergerakkan sideway pada 0.7160.

Ia diikuti dengan lonjakan sebanyak 850 pip.

Bagaimanapun, penurunan harga antara 25 dan 26 Februari lalu sangat agresif.

Momentum penurunan ini mengambil masa hanya dalam dua sesi setelah pergerakkan menaik selama 12 hari.

Kami berpendapat, sejak dari penurunan ini AUDUSD akan membuat pembetulan sebelum momentum besar akan berlaku.

Semalam, AUDUSD memberi tanda-tanda dengan pin bar selepas ditolak dari 0.7800.

Pin bar ini berada di bahu kanan di dalam corak head and shoulder yang masih belum sempurna (peringkat awal).

Ingin kami ingatkan bahawa pasangan ini perlu membuat penutupan harian di bawah neckline berhampiran 0.7650 untuk mengesahkan corak reversal.

Sekiranya ini berlaku, kita dapat melihat arah aliran AUDUSD lebih rendah ke arah zon 0.7300.

Ini berasaskan ukuran dari corak head and shoulder pada carta di bawah.

Sokongan utama bagi penurunan ini adalah pada 0.7520, 0.7400, dan mungkin sehingga berhampiran 0.7300 berasaskan ukuran.

Sebagai alternatif, kenaikan di atas paras 0.7850 akan menafikan idea itu.
Chart PatternsTrend Analysis

関連の投稿

免責事項