ichivergence_hunter

D&O Kaunter Breakout All Time High. Mampukah Pergi Lebih Jauh?

MYX:D&O   D & O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD
D&O pada minggu ini ditutup dengan sangat cemerlang apabila semalam memecahkan arah tertinggi sepanjang hayat disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya, kaunter yang breakout all time high, akan mempunyai kekuatan untuk terus mendaki ke atas. Kami kongsikan chart minggu D&O untuk menunjukkan pattern semasa D&O. Dapat dilihat, D&O telahpun memecahkan aras neckline pattern mangkuk (CUP) dimana aras neckline adalah di 1.00. Jika D&O meneruskan pendakian, ia akan membentuk pattern ascending scallop dan jika naik dan berehat seketika membuat retracement, D&O akan membentuk pattern Cup & Handle. Aras target peramanan panjang adalah di 1.80. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)

免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。