Sektor: - Trading & Services, Technology, IT Solutions/ IT Product, Technology Equipment (Sumber: iSaham).
Idea analisis: ~Teknikal~ - EDARAN masih di atas trend line (rujuk trend line kelabu) menandakan harga masih uptrend. - Selepas membuat wave 3, EDARAN dilihat retrace sebanyak 61.8%. - Terkini, EDARAN dilihat berada di dalam wave 4 dan dijangka akan melengkapkan pembentukan triangle sebelum meneruskan kenaikan dan membuat wave 5. - Triangle ini juga boleh dikatakan sebagai bullish symmetrical triangle. - Terbentuk juga candlestick three black crows menandakan harga sedang membuat retracement dan dijangka akan membuat penurunan sehingga ke paras fibo 78.6% bagi membuat wave C sebelum membuat wave D dan wave E bagi melengkapkan triangle. - Jika EDARAN berjaya break downtrend line, harga berpotensi menuju ke wave 5 pada paras harga RM 1.50.
~Fundamental~ - Secara overall, keuntungan EDARAN dalam trend mendatar. Walaubagaimanapun, keuntungan EDARAN YoY meningkat sebanyak 144.67%. - Perolehan (revenue) EDARAN pula secara overall dilihat berada dalam trend menurun tetapi meningkat juga YoY sebanyak 16.95%. - EDARAN buat pertama kalinya memberikan dividen kepada pemegang sahamnya untuk tahun ini, 2021 sebanyak 1.75 sen.
Nota kaki: * Retracement / retrace = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.