FauziSaham

KLCI sah BEARISH tapi sampai ke mana?

FTSEMYX:FBMKLCI   クアラルンプール総合指数
Dengan menggunakan Fibonacci Retracement dan Ichimoku, mula-mula kita lihat tanda awal bearish di mana. Petunjuk bearish bermula apabila pada Februari 2019, Indeks menguji awan (Senkou Span B) sebagai rintangan, kemudiannya pada Mac 2019 Indeks telah sahkan awan (Senkou Span B) sebagai rintangan dengan membuat penurunan atau melantun ke bawah. (1)

Sehingga hari Rabu lepas, masih lagi terdapat 'hope' untuk kembali rebound kerana Indeks masih bertahan atas paras 1640 (Fibo 0.236) dan Chikou (garis hijau) masih lagi belum melepasi ke bawah paras Indeks yang lalu.

Namun pada hari Khamis (Semalam), Indeks akhirnya memecahkan paras 1640, dan Chikou telah melepasi ke bawah Indeks yang lepas (2). Tambahan dua lagi petunjuk Indeks bearish. Jadi nak tak nak kita kena terima Indeks KLCI kini dalam keadaan bearish.

Tapi di mana paras sokongan seterusnya?

Paras sokongan seterusnya adalah di 1600. Saya jangkakan akan berlaku lantunan apabila sampai di 1600 untuk menguji paras 1640 sebagai Rintangan.

Sekiranya Indeks tidak dapat melepasi 1640, maka kita berpeluang untuk lihat Indeks KLCI turun ke paras berikutnya iaitu 1480.
免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。