LOVE dilihat membuat pembetulan sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Lilin dagangan terkini dilihat tutup membentuk lilin hijau dengan volum berada di paras purata Carta pada selang masa mingguan mendapati terdapat corak carta 'double bottom' yang terbentuk Melihat kepada petunjuk RSI harian, pembentukan corak carta tersebut juga disokong oleh kehadiran 'exaggerated bullish divergence' Histogram MACD juga menunjukkan kehadiran 'divergence' yang serupa jika diperhatikan pada hari terbentuknya corak carta tersebut Sekiranya meneruskan kenaikan, harga dijangka akan cuba menguji kekuatan rintangan sebelum ini Trend secara jangka masa panjang dilihat masih dalam keadaan menaik
Memarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih