aihafizal.fx

26-FEB-2020: OMESTI baru nak mula?

MYX:OMESTI   OMESTI BHD
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Tools Kajian;
1. Trend keseluruhan - Masih Menaik
2. BreakOut dengan volume pada 25-2-2020
3. MA - cross keatas
4. News kerjasama dengan HUAWEI

Ulasan;
Kaunter ini nampak menarik dengan adanya minat belian daripada pelabur, ditambah pula dengan berita pemilihan mereka sebagai rakan kerjasama huawei untuk menguruskan aplikasi/perisian BSS (Business Support System). Ini menyebabkan pelabur jangka pendek intraday/contra berminat merebut peluang untuk memasuki pasaran lebih awal.

Namun begitu, adalah lebih baik untuk kita melihat dari sudut jangka masa panjang memandangkan kerjasama yang mereka perolehi ini bukanlah calang2... jadi sila pertimbangkan dan ambil kira segala kemungkinan dari segi kewangan dan kalau menarik boleh cari peluang untuk "hold" dengan lebih lama.

Rumusan;
1. Disebabkan lonjakan harga yang dijangka berlaku disebabkan mereka yang "buy on news" dan kemungkinan contra play, adalah lebih selamat untuk kita menunggu harga jatuh ke aras support terdekat untuk mencari entry.
2. Boleh mula perhatikan pembentukan price action untuk membuat keputusan
3. Namun begitu sekiranya anda merasakan anda sanggup untuk mengambil risiko, sila buat trading plan untuk memastikan R:R yang berbaloi.

Perancangan yang boleh dipertimbangkan;
EP : 0.65
CL : 0.595
TP 1: 0.78
R:R : 2.36

semoga bermanafaat

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。