BAGAIMANA MENCARI SUMBU ROKET

Seperti yang kita lihat dalam carta, bagaimana kaunter SYSCORP membuat kenaikan dalam kadar yang tinggi hampir 90% dalam jangka singkat ( 12 hari )pada bulan Ogos lepas. Kita boleh dan akan menjumpai kaunter sebegini dengan sedikit usaha dan teknikal sebelum ia membuat perubahan ketara yang kita panggil " MEROKET".

Sebelum itu, berdasarkan carta harga SYSCORP ia berada dalam downtrend dan mula uptrend pada akhir 2020. Ini ditunjukkan oleh garisan Exponential Moving Average(EMA) iaitu harga mula berada di atas EMA200. Ketika ini ia mencapai 137 % kenaikan. Kenaikan ini ditunjukkan oleh isyarat ST. Kemudian ia membuat pergerakan SIDEWAY lebih kurang 1 tahun 6 bulan dimana jarak nilai support & resistance lebih kurang 10sen. * jika kita amati kaunter seumpamanya nilai ini lebih kurang sama.
Dan bulan ogos lepas ia breaks resistance dan meroket sebanyak 85% dalam masa 12 hari.

Keadaan sebeginilah yang kita hendak cari...!!! Adakah sukar???
Tidak sukar dengan sedikit kerajinan, teknikal asas dan kesabaran...

BAGAIMANA?

STEPS;
1. Cari kaunter nilai harga 30sen ke atas, yang UPTREND dan bergerak SIDEWAY selepas uptrend tadi.
Atau cari kaunter DOWNTREND dan bergerak SIDEWAY.
2. Kenalpasti jarak/range harga antara support & resistance ketika ia bergerak SIDEWAY tadi. Jarak yang signifikan ialah 10 sen.
3. Permulaan sumbu apabila EMA30 cross-up EMA100. Marking dan observe. Masukkan dalam list atau alert.
Harga tidak akan meroket terus. Di sini ia menuntu kesabaran. kebiasaannya ia membuat " test" di resistance, dan pullback, beberapa kali.
Kemudian harga sedikit demi sedikit menaik ke resistance dan mula BREAKS reistance seterusnya meroket ke awan.

*NOTA
1. ST di carta ialah signal SUPER TREND iaitu EMA30 cross-up EMA100. Ini ialah permulaan sebelum ia bull/membuat kenaikan.
2. KESABARAN. Ingat, harga bukannya terus meroket pada ST.
3. PULLBACK. Retailer akan out kerana harga mula turun. Whales akan in/sambut di support.
4. Jika harga pecah support SIDEWAY maka teknikal ini terbatal. Jarang berlaku tetapi tidak mustahil. STRONG support sangat penting untuk dinilai.

PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.

Chart PatternsHarmonic PatternsTrend Analysis

他のメディア:

関連の投稿

免責事項