Selepas melakukan kenaikkan dengan significant volume pada 28 Mei 2021, Systech retrace pada fibo 0.618 pada 31 Mei 2021. Systech hanya berjaya tutup atas R Keras pada 28 Mei 2021 pada harga 0.345.
Setelah itu Systech retrace pada area 0.786 fibo di mana 2nd last fibo ratio dan berjaya bertahan selama 7 hari. Kemudian Systech memecahkan segi tiga dengan volume dan mencuba untuk memecahkan R keras dua kali dan tidak berjaya.
Sekarang Systech telah bocor garis trend dan MA20 , ini adalah signal sell yang kuat untuk sesiapa yang memegang posisi di dalam systech.
Adakah Systech akan bertahan dia area RBS ? Fibo 0.786 ? atau MA50 ?
S - 0.250(fibo), 0.240(MA50), 0.235(RBS) R - 0.310,0.340,0.350,0.390
PENAFIAN: Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata mata, bukanlah saranan untuk beli dan jual. Bukan Buycall atau Sellcall. #TAYOR #BAYOR