HairulAzizi

Kejatuhan Xilinx, adakah perangkap atau peluang?

NASDAQ:XLNX   None
Syarikat Xilinx, dikenali dengan pelopor kelajuan data dengan teknologi sambungan 5G terkini. Komponen Xilinx dikatakan menjimatkan 50-75% saiz dan penggunaaan kuasa sistem sekaligus menjadikan ia teknologi terkini yang sangat menjimatkan. Tambahan lagi, permintaan tinggi bagi field-programmable gate arrays (FPGAs) yag dipelopori Xilinx sangat diperlukan dalam pasaran teknologi data untuk teknologi seperti Artificial Intelligence AI dan pemprosesan maklumat data. Morgan Stanley telah menjangkakan saham ini mencecah USD137, manakala Mizuho menjangkakan ia mencecah USD140. Tetapi setelah berita earnings semalam, saham syarikat Xilinx telah jatuh lebih 16%. Adakah ini menandakan kejatuhan trend Xilinx atau peluang pelaburan jangkamasa panjang?
免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。