Indeks Masa Hadapan DJI

アップデート済
DJI adalah singkatan indeks pasaran Dow Jones di Amerika Syarikat. Indeks ini menunjukkan purata 30 saham teratas di US. Indeks ini menjadi pentunjuk global saham luar negara.

Gelombang Sahlun menunjukkan ada pertarungan yang sangat sengit antara bull & bear dalam sekitar 2-4 minggu lepas. Volatiliti menjadi sengit dan sekata sejak 2 minggu lepas dan bercampur dengan volatiliti hampir sekata. Mengikut aksi harga (price action) yang berlaku dalam gelombang, kemungkinan 67% paras akan melantun ke bawah.

Mengikut tarikan Elliot Waves, kelihatan seperti ia sedang membuat gelombang B. Rintangan paras 24800 mata menjadi titik rintangan kuat yang sedang diuji. Paras ini juga dipastikan dengan Fibonacci retracement di aras 61.8% dari puncak tertinggi harga sebelum ini.

Jika indeks tidak berjaya menembusi aras rintangan ini dan memecah paras sokongan, kemungkinan harga akan bergerak ke zon C.
ノート
Pagi ini ada cubaan rentasi harga 24800 atas sentimen pasaran yang naik 2% di pasaran Nikkei Jepun. Sekaligus menjadikan paras 25000 mata adalah paras psikologi untuk harga bertahan.
Technical IndicatorsTrend AnalysisWave Analysis

免責事項