MuhammadAlTrader

KRONO: MA20 menghampiri MA50

MYX:KRONO   KRONOLOGI ASIA BERHAD
1) Paras sokongan terdekat bagi kaunter Krono pada 0.610 dan rintangan terdekat pada 0.660 dimana kaunter ini kini didagangkan pada harga 0.635-0.640.
2) Paras sokongan 0.610 menepati paras MA50, menunjukkan paras sokongan tersebut adalah valid dan kuat. Selagi paras sokongan tersebut tidak pecah, paras sokongan tersebut boleh dianggap paras sokongan yang kuat.
3) Kaunter krono didagangkan lebih tinggi daripada MA50 menunjukkan minat belian pada jangka masa panjang dan kaunter dalam keadaan menaik.
4) Kini, paras MA 20 dan paras MA 50 bakal bersilang dalam masa beberapa hari lagi, menunjukkan minat belian jangka sederhana telah meningkat. Ini akan menyebabkan kaunter akan meneruskan momentum menaik selagi harga semasa tidak pecah daripada garisan MA20.
5) Indikator momentum dan trend MACD berada di atas paras 0 dan mencapah ke atas menunjukkan kaunter akan meneruskan kenaikan.
6) Indikator stochastic juga telah bersilang pada paras lebih 50, menunjukkan momentum build up dan akan terus ke atas.
7) Kaunter ini hold hold, selagi garisan MA20 dan MA50 tidak pecah.
免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。