jerungsaham

GREENYB: Pembelian Berpandukan Volatiliti

MYX:GREENYB   GREENYIELD BHD
3 Jun yang lalu kaunter ini menarik minat ramai pelabur sehingga menjadikan harganya mencanak tinggi. Namun pada hari yang sama harganya turun kembali ke EMA5 dan didagangkan dengan penurunan seawal 30 minit terawal dagangan sehingga ke paras support EMA9 seperti yang dapat kita lihat pada carta.

Kajian hari ini, kita akan kaji pergerakan harga seterusnya bagi kaunter ini. Lilin terakhir pada paparan 4H ini menunjukkan pembentukan lilin hammer dalam kondisi hollow, ini merupakan indikator minat belian yang sangat tinggi. RSI kini juga berada dalam kondisi oversold. Maka kita andaikan akan berlaku kenaikan atau gap up di awal dagangan minggu hadapan namun paras resistancenya sudah mula mendekat iaitu pada harga 0.29. Sekiranya berjaya memecahkan resistance tersebut, tuan puan boleh rujuk SnR seperti dibawah:

Support 1 : 0.27
Support 2 : 0.26
R1: 0.29
R2: 0.305
R3: 0.350

免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。