KLSE masih dalam keadaan Bullish!

Setelah membuat throw-over dari corak Broadening Wedge yang mencetuskan panik pada ramai traders, keesokannya ia telah membuat isyarat bullish reversal iaitu Bullish Harami.

Kini ia telah membuat retracement sebanyak 61.8% yang mana adalah perkara biasa dalam fasa kick off.

ADX pula telah hampir dengan paras 20 setelah correction (-DI > +DI) mengambil alih bullish sebelum ini (+DI > -DI). ADX berada berhampiran paras 20 menandakan keadaan yang telah tenang setelah correction dan bersedia untuk membuat continuation pada trend sebelum ini (bullish).

Sasaran selamat adalah pada 1630 point iaitu sekurang-kurangnya melengkapkan corak Broadening Wedge.

Analisis ini terbatal (voided) jika indeks terus turun bawah dari 1555. Dan kritikal sekiranya indeks turun melebihi 1541.
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

免責事項