zulnureen

QES: Telah capai sasaran H&S

MYX:QES   QES GROUP BERHAD
QES berkemungkinan telah mencapai paras sasaran H&S dan berkemungkinan akan bergerak secara mendatar sebelum mula naik semula.

Pada waktu ini 21.5 dilihat sebagai paras halangan mengikut Fibonacci, andaikata paras ini di tembusi ke atas, ada kemungkinan ia boleh di guna pakai sebagai petunjuk beli dan berkemungkinan akan menuju ke paras halangan seterusnya di 24.5 mengikut Fibonacci.

Jika dilihat pada stochastic, ia menunjukan bahawa arah kitaran QES sekarang ini berada di bawah dan jika paras stochastic 20 ditembusi ke atas, ada kemungkinan ia akan menyambung gerakan ke atas. ada terlihat petanda divergence yang positif antara harga dan stochastic, tapi tidak begitu meyakinkan kerana paras bawah stochastic adalah mendatar dan tidak menunjukan pertambahan momentum beli yang kuat. saya mungkin akan menunggu untuk petunjuk yang lebih kukuh jika saya ingin membeli.

Melihat pada garisan arah aliran jatuh, harga QES masih berada di bawah garisan arah aliran, menunjukan belum ada petunjuk kukuh perubahan arah aliran harga QES, dan oleh itu, berkemungkinan adalah lebih baik saya melihat sahaja dulu pergerakan QES sehingga lah ada petunjuk petunjuk yang kukuh sebelum saya membuat keputusan untuk membeli QES.

rumusan ini hanya lah untuk tujuan pembelajaran analisa teknikal sahaja.

terima kasih
免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。