Cryptorain17

GBPUSD Bakal meneruskan penurunan... SINGKAT

ショート
FX:GBPUSD   ポンド/米ドル
GBP/USD akhirnya menamatkan dagangan minggu lalu dengan berada di bawah daripada paras $1.30, tutup sekitar harga $1.2993

Pound tidak berjaya mendapatkan reaksi yang positif daripada data jualan runcit UK berikutan data jualan runcit AS yang melebihi jangkaan telah mengalihkan perhatian para pelabur untuk kembali membeli dollar.

Selain itu, data UK yang lebih baik turut gagal dimanfaatkan kerana pasaran tidak mendapat sebarang perkembangan baru tentang rundingan Brexit.

Kegagalan pound untuk menaik telah mendorong greenback untuk kekal di dalam landasan bullish sepanjang minggu lepas.

Kejatuhan empat hari berturut-turut serta penutupan di bawah 1.30 telah membentuk momentum jualan yang lebih kuat dan berpotensi menarik GBP/USD jatuh sehingga paras $1.29

Tambahan pula, outlook bullish bagi pasangan matawang hanya mempunyai kemungkinan untuk bertukar sekiranya harga berjaya naik semula melepasi paras 1.3080.

Secara keseluruhannya, tanpa sebarang katalis baru daripada isu Brexit, dinamik pergerakan dollar dijangka akan terus menguasai hala tuju pasangan matawang ini. GBPUSD GBPUSD

免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。