Ajrun_

GPHAROS: Meneruskan Untuk Mendatar

MYX:GPHAROS   GOLDEN PHAROS BHD
Sektor: Kilang Pengeluar
Industri: Produk Pembinaan

1. Analisa Trend
I. Pergerakan GPHAROS dapat lihat berdasarkan carta, ia kini berada di fasa mendatar yang bergerak dengan di paras harga 0.385(Support) dan 0.440(Resistance).
II. GPHAROS cuba memecahkan paras harga 0.440 sebanyak 6 kali. Namun gagal untuk berada di atas paras harga untuk melakukan kenaikan disebabkan oleh volume yang rendah.
III. Kemungkinan GPHAROS akan meneruskan untuk kekal mendatar.

2. Penunjuk indikator

1. Moving Average - GPHAROS telah berada diatas garisan EMA9(merah),MA20(biru) dan MA50(hitam).

2. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke bawah garisan Signal.

3. RSI - GPHAROS menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50. Namun perlu berhati-hati kerana terlihat di carta, seperti ia ada pengurangan momentum.

Boleh diperhatikan bagaimana pergerakan GPHAROS .
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。