lemylockhart

20/4/2022 ANALISIS EMAS - JATUH DISEBABKAN KOMEN "HAWKISH"

FOREXCOM:XAUUSD   金/米ドル
Presiden Fed St. Louis, Jim Bullard, memberikan beberapa angka dalam pasaran semalam dan dia tidak membawa keluar kemungkinan kenaikan 75 bps. Selain itu, dia juga menyatakan pilihannya sendiri iaitu untuk meningkatkan kadar sebanyak 3.5% dalam tahun ini. Dia menyuarakan kenaikan 50 bps dalam mesyuarat Mac, yang di mana minit mesyuarat tersebut dikeluarkan dan sekiranya tiada konflik di Ukraine langkah ini telah pun berjalan.

Kejatuhan emas semalam dan diteruskan pada sesi Asia disebabkan kenaikan hasil perbendaharaan AS dan juga jangkaan kenaikan kadar. Walaupun begitu, emas telah melantun kembali dalam sesi dagangan AS. Garisan sokongan S2, pada harga 1942.00 membantu harga emas untuk meningkat dan masih berlegar-legar di kawasan sokongan S1, 1952.00 semasa analisis ini ditulis.

免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。