FTSEMYX:FBMKLCI   クアラルンプール総合指数
Indeks KLCI sedang cuba bertahan daripada meneruskan perjalanan menurun. Batang lilin (candlestick) bagi 4 hari minggu lepas seakan menyokong penyataan ini. Jika dilihat pada carta mingguan, ia menunjukkan corak batang lilin hijau yang kuat iaitu 'Piercing Pattern'. Indikator MACD pula telah menghasilkan 'Bullish Divergence' sebagai tambahan.

Jangkaan: Indeks perlu melepasi 4 halangan utama untuk meneruskan perjalanan ke atas semula.
1. Paras EMA21 dan kekal di atasnya.
2. Paras EMA50 dan kekal di atasnya.
3. Garis Kipas Gann 2x1. Indeks memberikan respons pada masa lalu iaitu sekitar bulan Ogos & September.
4. Paras 1726 & 1743 iaitu 2 titik struktur LH (lower high) terakhir.

Senario yang mungkin terjadi ditunjukkan seperti anak panah hitam pada carta.

Penafian: Analisa ini hanya bertujuan bagi pendidikan & perbincangan sahaja. Risiko kehilangan modal akibat merujuk analisa ini adalah tanggungjawab masing -masing & bukannya atas penulis.
免責事項

これらの情報および投稿は、TradingViewが提供または保証する金融、投資、取引、またはその他の種類のアドバイスや推奨を意図したものではなく、またそのようなものでもありません。詳しくは利用規約をご覧ください。